burung punai ini aku perolehi dari seorang kawan, seumur hidup aku, inilah kali pertama aku mendapat burung punai daun untuk dinikmati sebagai santapan aku, memang aku tahu burung ini agak sukar diperolehi pada masa kini, tiba-tiba aku terfikir, akan ibu dan bapaku, apakah mereka juga pernah merasai daging burung punai ini??selepas aku menelefon ibuku, ibuku berkata, ibuku juga tidak pernah menikmati keenakkan daging burung punai ini, aku membatalkan niatku untuk memakan burung ini, sebaliknya aku hadiahkan burung ini kepada ibu dan bapaku, pada bulan depan ibu dan bapaku akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah, aku bimbang, jika aku tak berkesempatan menghadiahkan daging burung punai ini kepada ibunda dan ayahdaku pada hari ini, mungkin entah bila pula aku akan dapat memberikan apa yang aku perolehi pada hari ini kepada mereka..apa yang penting buat mereka yang dapat aku lakukan ialah cuba memberikan mereka kebahagiaan seperti mana mereka memberikan kebahagiaan kepada diriku sejak dari diriku di lahirkan...semoga pemergian ibu dan bapaku ke Tanah Suci akan dirahmati Allah dan kembali ke tanah air dengan selamat.
|