akhirnya aku berjaya juga menuruni flying fox yang berketinggian 45
kaki dan kelajuan ketika meluncur mencecah 180 astrosecond (ni kiraan
sendiri ni), masa mula nak turun tu memang gayat juga, tapi bila dah
meluncur laju di udara rasa seronok pulak..seumur hidup aku, baru kali
ini aku mencuba main benda ni. kalau saja2 nak cuba entah bilalah lagi
agaknya aku akan dapat peluang sebegini
lain-lain aktiviti aku hari ini ialah menjadi pegawai medik yang
bertugas ketika aktiviti merentas halangan di jalankan, tiada perkara
yang tidak diingini berlaku sepanjang latihan di adakan,
main monkey rack...kalau diorang tak buat streching memang akan effect muscle dan sendi diorang selepas permainan ni
untuk aktiviti petang ni pulak ada pertandingan kawad, masing tengah bersiap sedia sebelum pertandingan di adakan.