meja seorang petugas medik di Kem PLKN tegas mesra Ijok, Batu Kurau, Perak, nasib baik di sini masih boleh aku berinteraksi dengan dunia luar melalui internet..sebenarnya aku di sini bukanlah di tukarkan dari kementerian kesihatan kepada kementerian pertahanan..kementerian pertahanan cuma meminjamkan aku selama seminggu ajer dari kementerian kesihatan..boleh pulak di pinjam-pinjam.. katil tempat aku beradu..katil masa zaman aku menuntut di Kolej dulu..biasalah namapun kem, kalau nak selesa kena sewa hotellah saje bawa lebih uniform aku, sebab kemudahan tempat membasuh tidak di sediakan di dalam bilik aku..kalau nak kena pergi membasuh di dorm..budak-budak pelatih..hmmm, nampak gayanya banyak baju yang di basuh selepas ini lunch aku tengahhari ni..bolehlah sekadar nak isi perut..biaselahkan makan free...apa yang pelatih tu makan kat sini itulah yang kami makan...jom makan..
|