semua ni gara-gara aku nak mendaftar sebagai pengguna celcom broadband, selepas beberapa jam aku membelinya. aku cuba mengaktifkan akaun yang telah aku daftarkan, malangnya simkad aku masih belum aktif walaupun selepas beberapa jam aku mendaftarnya. apabila aku menghubungi pihak Celcom, mereka menyatakan nama aku berada di dalam senarai Blacklist mereka dan berhutang sebanyak RM 348, akaun didaftarkan semenjak tahun 2005, masa tu aku ingat lagi aku baru start posting di Langkawi. bila aku check details mengenai akaun yang telah disenarai hitamkan tu..ternyata akaun itu adalah palsu yang cuma hanya menggunakan ic dan namaku ajer..
hari ini aku plan nak buat laporan polis tapi sebelum tu aku kena ke celcom centre dulu nak print semua data dalam akaun senarai hitam tu. dan mungkin akan disusuli dengan tindakan untuk menyaman syarikat celcom kerana cuai dalam menyemak data pelanggan yang mendaftar melalui syarikat mereka sehingga nama aku yang bersih ini telah disenarai hitamkan. takkanlah cuai sampai tak minta ic pengguna untuk di fotostat semasa pendaftaran. dan lagi aku ingin melihat signature si bangsat tu yang mempergunakan nama aku sehingga menyusahkan aku,,dihari asyuralah aku mengetahui segala yang tidak aku ketahui sejak lebih dari 3 tahun yang lalu..ada manusia yang bangsat dan cilaka dalam hidup ini...aku syak memang orang dekat dengan aku jugak yang buat kerja ni...tapi tahulah nasib dia lepas ni..aku dah memang nak amuk tahap gaban ni,,,serius ni...
Betul apa yang you lakukan.ugut saman celcom. kalau tak mereka akan buat dek je. terus yterang abg jamil cakap.kes ko ni bolehd apat juta-juta ooo.kalau bijak. ceh macam loyer lak.