Anak aku begitu meminati motorsikal besi milik adik aku..awie..inilah
warna terbaru yang ditukarkannya baru-baru ini, versi DarkKnight..versi
batman..
s ejarah asal motor vespa adik aku ini adalah milik abangku yang kini menetap di Putrajaya.. ...seingat
aku, warna asal motor ini adalah berwarna perang cokelat, kemudiannya
ianya tersadai di bawah rumah arwah kerana abangku itu tidak begitu
mahir dalam selok belok memperbaiki enjin motorsikal ini. Akhirnya
adikku telah mengambil alih sepenuhnya motor ini dengan penuh fanatik
dan obsessnya..dari sebuah motor buruk, adikku berjaya menjadikan ianya
sebuah motorsikal yang cantik dan masih gah dengan deruman enjinnya
yang kuat di jalanraya..beberapa kali adikku menukarkan warnanya dan
kini bertukar kepada warna hitam pula..sebenarnya adik aku ini bukanlah
kosong dengan ilmu dan selok belok hal enjin serta sparepart vespa ini,
sebab itu adikku mengikuti dan menyertai kelab vespa Utara dan masih
aktif bergerak bersama mereka di dalam konvoi yang di adakan setiap
tahun,segala masalah seperti pembelian sparepart dan ilmu dapat adikku kongsikan bersama ahli kelab ini...
possing jap..dulu (dalam tahun 2000) akupun selalu jugak pinjam motor
adikku ini ke Pekan..pong..pong..bunyi enjinnya..sempoi ajer...masa
zaman tu motor vespa ni cukup sinonim dengan mamat Ska dan mamat
skinhead..hehehe..pengaruh band indi dah mula meresap dalam jiwaku masa
tu....Oklah warna ni..tapi aku suka masa adik warnakan vespanya ini
dengan warna hijau masa mula2 dia ambil motor ni dulu...
itulah yang aku tahu mengenai adikku,,orang muda yang berjiwa klasik..aku tetap respek dengan kelebihan yang ada pada dia ini..