musim raya Qurban akan menjelang tak lama lagi...jadi aku nasihatkan korang kalau rasa tak tahu sangat nak buat apa dengan daging korban yang akan anda perolehi kelak, apa kata korang jadikan ajer daging tu sebagai inti kebab atau roti pita..
ambil lebih kurang 400G daging lembu segar, buangkan lemaknya dahulu..hiriskan kecil-kecil daging tersebut..
gaya pemotong daging yang cool...
apabila daging tadi telah siap di hiris halus, masukkan 4 sudu serbuk rempah, 4 sudu serbuk jintan putih/jintan manis, 4 sudu serbuk cili kering, dua ulas bawang putih yang telah dipotong, dua ulas bawang merah, secubit garam, sedikit serbuk roti (jika ada), tak lupa potongkan sedikit daun sup & daun bawang dan campurkan sekali bersama daging tadi.
selepas itu kisarkan dengan menggunakan pengisar..
kemudian gaulkan daging yang dikisar tadi bersama sebiji telur ayam, sekiranya menggunakan telur puyuh, gunakan dua biji, tapi kalau menggunakan telur burung unta A.K.A Ostrich, gunakan suku ajer dari isipadu sebiji telur burung itu...hehehe..
so inilah daging kebab yang dah sedia untuk di masak..
selepas itu, bungkuskan daging ini di dalam plastik, simpan di dalam bekas kedap udara, dan daging ini boleh disimpan berbulan-bulan (maksimum 4 bulan di dalam peti sejuk) tapi kalai setakat 400G ni, aku rasa tak sampai sebulan daging ni akan habis di kerjakan oleh adik beradikku..
Next session..bagaimana aku menyediakan roti pita pula..tungguuu