Petang semalam aku sempat juga mencari dan berjumpa dengan
Chot
di KLCC, Lama juga tak jumpa dan berbual dengan dia. Sempat juga dia
snap 1-2 foto kandid di area KLCC semasa aku melepak dengan dia kafe
berhampiran..Thanks
Chot belanja goreng pisang & keropok Lekor KLCC..bukan selalu boleh dapat merasa makanan di KLCC ni :D
Malamnya pula ada Last Dinner di Hotel tempat kami berkursus..boleh tahan juga melihat hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan..
Wakil dari Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Selama, Perak..
Ntah macammana tiba-tiba aku naik untuk menyertai acara
FearFactor..acara yang kami kena malam tadi ialah makan KFC bersama
Cencalok+buah pisang dengan sos cili dan segelas air Coke..memang
adventure, siapa yang menghabiskan makanan ini dengan pantas akan
dikira sebagai pemenang. perut aku dah sendat..nasib baik tak kena
Anaphylitic Shock sebab makan Cencalok campur Ayam KFC..kalau tak
jawabnya Prof Datuk Dr ABu Hassanlah yang nak kena resus aku malam
tadi..
Nyum..nyum..sedap juga makan pisang dengan sos cili ni..ada yang berani cuba??
walaupun gagal dalam acara FearFactor..tapi tak sangka my lucky number aku kena pada malam tadi...rezeki untuk anak aku..Iqah..
hari ini aku akan berangkat pulang pada pukul 2 petang..harap perjalanan pulang ku ini Selamat tiba ke destinasi yang aku tuju..