hampir sehari suntuk masa cuti aku semalam dihabiskan dengan memancing ikan. bermula di titi Serong, kemudian ke Bagan Serai dan kembali semula ke Lembah Beriah..aku balik pulang ke rumah seketika untuk berehat dan membelikan sedikit makanan kepada isteriku..
Aku berterima kasih kepada isteriku, dia bukan sahaja memahami hobi ku ini, bahkan turut menyokong dan memberikan galakan kepadaku untuk aktiviti luar rumah seperti ini, asalkan tak lupa nak balik rumah cukup..lagipun keadaan kerja aku yang sibuk kadangkala menyukarkan juga aku untuk terlibat dalam aktiviti memancing ini. cuma sekiranya aku ada masa yang terluang, barulah aku libatkan diri dalam aktiviti seumpama ini