sebelum aku menceburi bidang ftp web portal ini, sudah pelbagai hosting
yang pernah aku gunakan sebelum ini, antara yang terawal dan menjadi
kenanganku ialah blogdrive kemudian aku berpindah kepada blogsome dan
akhir sekali aku ke blogspot atau blogger sebelum menyertai ucoz untuk
pembinaan portalwebsite secara percuma
kisah
blogdrive..kelemahannya..menjadi terlalu perlahan apabila menunggu
'loading page' nya yang adakalanya amat 'berat' ku rasakan walaupun
menggunakan talian streamyx. templatenya yang limited..
kisah
blogsome- yang ini nampak lebih baik dari blogdrive kerana banyak
menggunakan enjin dari hosting wordpress. kelemahannya-banyak skrip
yang tak serasi dengan hosting ini antaranya..skrip dari imeems dan
youtube tidak dapat dimasukkan di dalam enterinya untuk dipaparkan.
selain itu kelemahannya adalah paparan pada template nya..apabila di
buka menggunakan ie..paparannya menjadi herot pekok dan tidak
teratur..dan apabila dibuka menggunakan modzilla lain pula
jadinya..sama seperti blogdrive..maknanya tak semua kekawan boleh view
dengan cantik blog kita..kalau yang ada software modzilla oklah, tapi
penggemar ie..mungkin akan mengatakan 'buruknye blog ini, serabut.."
kisah
blogspot A.K.A Blogger-yang ini aku tak banyak nak komen..aku guna lama
juga hosting ini..paling mudah digunakan sehinggakan budak sekolah
rendahpun tahu nak buat blog guna hosting ini..templatenya yang
banyak..dan boleh diubah suai secara sendiri bagi yang berkemahiran)..
secara
umum kita ketahui..paparan pada blog adalah lebih mudah dengan semuanya
terpampang di bahagian ruangan tepinya..di situlah ada jam, pemain
muzik, kotak mesej, blink-blink image, dan pelbagai lagi fungsi yang
adakalanya aku rasakan memberikan kesan kepada blog itu sendiri untuk
'load page' nya yang lambat dan lembab di samping menampakkan keadaan
blog yang serabut..berbeza dengan website portal..adakalanya 'sedikit'
menyusahkan pengguna atau pembaca untuk mencari-cari apakah isi
kandungan website itu dengan memetik pada menu yang dipaparkan.
dengan
terjumpanya ftp engine ini, aku rasakan impian untuk memiliki website
portal sendiri secara percuma akhirnya terlaksana..dan
kini..Alhamdulillah..dah boleh sedikit demi sedikit aku
menguasainya..namun akupun tak pasti berapa lama aku akan berada di
sini..manalah tahu aku akan kembali semula kepada blogger pada masa
akan datang..akupun tak tahu..sebab itulah aku tidak mahu bercakap besarsetelah
aku meninggalkan blogger...dalam keadaan sekarang yang nampak stabil di
sini..aku rasakan aku teruskan ajer penulisanku di sini
dulu akupun suka buat website. Belajar pakai buku je..guna microsoft frontpage..dulu pakai domain tripod.com..lepas tu da hilang minat terus tak buat..
dalam setahun lebih baru jumpa blog..ade gak try pakai blogdrive tapi memang berat nak load..try blogger lak dan sampai sekarang masih setia dengan blogger..senang nak edit..