Pertama sekali aku ingin menyampaikan anugerah Most Intelligent Blogger Award kepada Pemilik Blog
Ien dan blog
msjboxkriteria pemilihan ini adalah berdasarkan :-
Blog Ien-Terataki Muncet :
aku sangat impresif dengan kegigihannya menerokai apa sahaja mengenai blogger, darisegi skrip htmlnya fungsi dengan dan keberkesanan skrip selain itu menyediakan ruangan tutorial dan khidmat percuma kepada pengguna blogger sama ada untuk mencantikkan atau menambahbaik ruang di blog mereka. yang lebih membuatkan aku menghargai jasa dan pengorbanan ien selaku pemilik blog Teratak muncet ini ialah perkhidmatan percuma yang ditawarkan kepada pemilik blog yang memerlukan perkhidmatannya sekiranya terdapat masalah mengenai skrip html yang diletakkan dan memerlukan dia melakukan sendiri kepada blog orang yang memerlukan khidmatnya itu. Kepada Ien..terimalah anugerah dan penghargaan yang tak seberapa ini.
msjbox-admin Junaidi Musa :-
mungkin sebelum ini enteri penghargaan kepada msjbox pernah aku catatkan di dalam blog lamaku, kali ini penghargaan dalam bentuk award..Kejayaan admin dari sehari ke sehari dalam menaik taraf msjbox memang patut dihargai..dari server yang diberikan secara percuma sehinggalah ke hosting dan server yang berbayar, aku dapati sedikit demi sedikit revolusi yang dilakukan oleh admin dalam menaik taraf msjbox demi kepentingan penggunanya pada masa kini dan masa akan datang telahpun berjaya beliau lakukan. artis Afdlin shauki sendiri pernah menggunakan servis msjbox selain dari selebriti Joe Lee dan Chef selebriti Kak Norz. Jasa dan pengorbanan Admin yang bersusahpayah dalam memikirkan pelbagai permasalahan untuk menaiktaraf msjbox disamping memberi keselesaan kepada penggunanya adalah patut dihargai.. Msjbox berjaya menyatukan pelbagai kaum di negara ini, bahkan berjaya mewujudkan komuniti di peringkat antara bangsa sebagai jalan penghubung untuk berkomunikasi melalui blog yang menggunakan perkhidmatan Msjbox.