Cuti selepas shif malam aku dimanfaatkan sepenuhnya dengan memancing ikan berhampiran sawah padi di Rumah Bapa Saudaraku di Parit Lebai Akhir, Tg Piandang...huhu..cantik bangau tu..bangau oh bangau kenapa tak dapat ikan??lu fikirlah sendiri kata nya..ahakss
Paksu Ahem (bapa Saudaraku)..huhu...penuh gaya dan konfiden...
ni plak anak dia syahir..sepupu aku jugak..apasal syahir asyik dapat anak ikan puyu ajer..poyo betuilah hari ni...
hasil gaya dan konfidennya Paksu aku...akhirnya inilah hasilnya yang beliau perolehi...huh..bila melihat ikan keli ini terasa jelesnya aku tahap gaban...tapi takper..itulah rezeki orang..walaupun hidup paksu aku serba kekurangan darisegi material dan wang ringgit..tapi dari rezeki yang lain aku lihat cukup murah Tuhan berikan kepada mereka sekeluarga..yang penting enjoy dan release tension aku terlerai jua akhirnya...