mulanya aku terkejut jugak mendengar sari berita utama di Buletin Utama malam ni, tapi last sekali aku tak terkejut, sebab dah tengok siapakah orang yang memanggil TV3 semata-mata mahu memberikan kenyataan media untuk melihat video ini disekat dan di halang dari tontonan umum..
pada pendapat aku, aku dah tengok video ni..dan memang aku akui pada mulanya agak seram menonton video ini apatah lagi di dalam bilik seorang diri di kala malam hari..tapi video sebegini dengan kaset sakaratul maut yang pernah didengari kita suatu masa dahulu membawakan satu mesej yang sama, iaitu memberi kesedaran dan peringatan kepada kita yang seringkali alpa kepada suruhannya dan meninggalkan apa yang ditegahnya..
ektrem ke cara di dalam video itu sampaikan??18SG ke??ataupun 18 PA (politik keagamaan) dan tidak sesuai untuk tayangan umum..sedangkan apa yang dibacakan di dalam sajak video itu adalah berdasarkan hadis dan Alquran..selain itu..ayat talkin yang dibacakan kepada arwah bukan sahaja untuk diri si mati bahkan memberi pengajaran kepada penziarah si mati di sekelilingnya ketika mengiringi bacaan doa kepada arwah si mati..kekadang tu mengapa perlu mengamalkan apa yang dituntut di dalam agama secara liberal..sedangkan agama menuntutnya agar umatnya menghayati apa yang dibawakan oleh Nabi sedalam-dalamnya..bukan dalam erti kata ekstrem
aku akui ketakutan selepas menonton video itu adalah kerana kita sendiri tidak tahu apakah nasib kita di sana..bagi mereka yang beramal soleh dan ikhlas dalam melakukan ibadat kepada Allah, mati dan berpeluang menemui Allah adalah menjadi keseronokan buat mereka..lagi cepat lagi seronok buat mereka..tapi aku sedar..diri ini seringkali lalai dalam
menyempurnakan suruhan yang dituntutNya..sebab itulah aku rasakan aku masih takut untuk ke Alam sana..yang aku harapkan..diberikan keselamatan dan kesejahteraan di dunia sana apabila nyawaku sudah tiada di dunia ini..
apa plak pendapat anda dalam isu ini??isu yang dibawakan bukanlah dari ajaran sesat kerajaan langit..tetapi sekadar memperlihatkan apa di perkatakan dan memperdengarkan dari apa yang tertulis di dalam kitab al hadis dan Al-Quran aje..salah ke??
aku seronok tengok respon dari orang awam dalam buletin 1.30 hari ni..nampaknya rakyat malaysia masih ramai lagi yang alert akan isu ini dengan menghantar semula email kepada tv3 dengan membantah tindakan ibubapa yang membuat kenyataan media malam tadi...ketiga-tiga email itu memang mempunyai alasan yang kukuh kenapa tindakan ibubapa malam tadi patut diperbetulkan...