Site menu

    Statistics


    Total online: 1
    Guests: 1
    Users: 0

    Login form

    Search

    Main » 2008 » December » 12 » Operation right Hand
    Operation right Hand
    11:27 PM

    Hari ini isteriku telah selamat menjalani pembedahan kecil pada tangan kanannya untuk membuang Ganglion atau bahasa kampungnya dipanggil Risa..risa ni kalau tak dibuang dikhuatiri akan membesar dan apabila dipicit ianya akan menyebakan rasa sakit..Pembedahan dilakukan di Hospital Daerah Taiping.



    Sabar menanti..tungu punya tunggu akhir sekali pembedahan terpaksa ditangguhkan kerana doktor pakar menghadapi satu kes pembedahan major di OT, kes isteriku ditangguhkan selepas selesai waktu solat Jumaat.



    mungkin tiada apa yang menarik di sini, berhampiran kawasan masjid daerah Taiping, Jalan Kampung Jambu berhampiran Stesyen Bas Lama, di sini bagi peminat fotografi burung  profesional boleh menyaksikan pelbagai aksi burung helang merah yang menyambar mangsanya di longkang berhampiran dengan lebih dekat. tak perlu ke Langkasi untuk menyaksikan aksi eagle feeding, di sinipun boleh..tak perlu menaiki bot macam di langkai, atas darat aje..bukan seekor dua, tapi banyak jugak kawanan burung helang yang bermain di sini





    gambar aku kureng cantik sikit, maklumlah..guna compact camera ajer,,nak pakai dslr, masih di luar bajet aku..memang elok kalau korang yang mengguna DSLR kalau nak ambil gambar helang beraksi di sini..kepantasan burung helang menyambar mangsanya memang laju dan tak tercapai dengan kamera murah seperti aku ini



    selepas solat jumaat, hampir sejam setengah juga pembedahan berlangsung..alhamdulillah, nasib baik isteriku tidak dipindahkan ke dewan OT major, sebab menurut kata doktor pakar, risa yang terbentuk betul-betul berada di atas urat vena dan mengenai beberapa urat arteri isteriku, banyak jugak perdarah yang berlaku walaupun risa yang terbentuk adalah kecil..

    nampak gayanya..kerja-kerja dapur dan rutin harian isteriku akan dipikul sepenuhnya oleh aku pulak selepas ini..apakan daya..isteriku MC seminggu..termasuk kerja rumahnya sekali....


    Views: 780 | Added by: fysal | Rating: 0.0/0 |
    Total comments: 1
    1 Shaira  
    0
    Fysal, mcm mana boleh terjadinya Ganglion?

    Only registered users can add comments.
    [ Registration | Login ]