Site menu

    Statistics


    Total online: 1
    Guests: 1
    Users: 0

    Login form

    Search

    Main » 2008 » December » 7 » Usung Keranda
    Usung Keranda
    0:49 AM


    J am menunjukkan tepat pukul 12.30 malam, aku begitu tergesa-gesa memandu keretaku dari taiping untuk pulang ke rumahku di Selama. Kalau tak kerana tugasan di luar daerah dan kerinduanku pada anak dan isteriku, tidak sanggup rasanya aku mengharungi jalan berpuaka itu pada waktu-waktu begini. ketika aku melepasi kawasan Changkat Larah, tiba-tiba aku terlihat 2 ekor lembu sebesar kerbau yang berwarna putih bersih berada di tengah jalan laluanku.
    aku bernasib baik kerana kereta yang aku pandu tidak laju dan sempat memberhentikan kenderaanku dengan selamat sebelum mengelak dari melanggar 2 ekor lembu putih yang menghalang laluanku tadi.."siapa punya lembulah, kalau dilanggarnya tadi, dah tentu aku tak boleh claim insuran" keluh dalam hatiku..

    suasana sejuk semakin kuat aku rasakan, beberapa Kilometer selepas aku melalui kawasan Pekan Pondok Tanjung, tiba-tiba di hadapanku aku melihat sekumpulan manusia yang ramai  siap berkupiah dan bersongkok memenuhi jalan dan mereka bergerak secara perlahan-lahan sambil mengusung sesuatu..aku amati usungan yang di bawa, rupanya mereka sedang mengusung keranda seorang jenazah melalui jalan itu. sebagai tanda hormat aku mengekori sahaja perarakan mengusung jenazah itu perlahan-lahan..sehinggalah mereka membelok ke kiri dan seterusnya memasuki ke dalam hutan berhampiran..

    pada mulanya aku tidaklah merasa apa-apa yang pelik..akan tetapi setelah aku melihat dari sisi cermin pandang belakang keretaku, tiba-tiba apa yang aku lihat sebentar tadi hilang sekelip mata. serentak dengan itu tiba-tiba fikiranku mula memikirkan sesuatu..tidak pernah di buat orang mengusung jenazah di laluan sunyi sebegini pada jam 1 pagi, dan pulak mengusung janazah masuk ke hutan berhampiran..tiba-tiba sahaja bulu roma dan bulu  tengkukku meremang bila memikirkan hal yang berlaku sebentar tadi..Sampai di rumah aku masih bingung memikirkan akan kejadian yang berlaku di hadapan mataku..siapakah mereka dan siapakah pula yang mereka usungkan itu???

    * cerita ini adalah cerita benar yang diceritakan oleh seorang Ustaz kepadaku ketika melalui jalan Selama Taiping melalui Pondok tanjung. berhati-hatilah ketika melalui jalan ini, mungkin  kita akan diuji dengan pelbagai ujian dan cubaan untuk menilai tahap keimanan kita kepada Allah...Wallahu a'lam..
    Views: 603 | Added by: fysal | Rating: 0.0/0 |
    Total comments: 5
    5 shay  
    0
    mati2 kita ingat fysal yang kena, dah nak tanya cerita selanjutnya nih... :D

    4 adledash  
    0
    lorhh..ingatkan fysal yg citer...rupanye fysal citer kunun2 fysal jadik ustaz tu ek??? adehh~

    3 fysal  
    0
    klu aku kena boleh demam woo

    2 fysal  
    0
    hehe..kire klu seram ni menjadilah jugak penceritaan yang aku sampaikan ni biggrin

    1 Am  
    0
    Seram Am baca cerita ni, nasib baik baca waktu siang, kalau malam maunya naik bulu roma hehehe

    Only registered users can add comments.
    [ Registration | Login ]