Site menu

    Statistics


    Total online: 1
    Guests: 1
    Users: 0

    Login form

    Search

    Calendar

    «  November 2008  »
    SuMoTuWeThFrSa
          1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30
    Main » 2008 » November » 20 » ADR-Kesan Sampingan Ubat
    ADR-Kesan Sampingan Ubat
    0:19 AM

     

    APA ITU ADR ATAU KESAN SAMPINGAN UBAT

    Kesan sampingan ubat (ADR) merupakan kesan ubat yang tidak diingini dan memudaratkan; yang diberikan pada dos biasa untuk tujuan pencegahan penyakit diagnosis atau rawatan.

     

    Kesan mungkin sederhana seperti ruam kulit atau yang lebih serius sehingga boleh menganggu aktiviti harian, kemasukan ke Hospital, kecacatan janin dan mengancam nyawa sehingga menyebabkan kematian.

     

    Bagaimana Kesan Sampingan Ubat boleh berlaku?

     

    Terdapat beberapa factor yang boleh menyumbang kepada berlakunya ADR :

    1. Keturunan(factor Penyumban Utama)
    2. Umur
    3. Jantina
    4. Berat badan
    5. Keadaaan Kesihatan
    6. Fungsi Organ


     

    APAKAH YANG PATUT ANDA LAKUKAN JIKA ADR BERLAKU?

     

    • Hentikan pengambilan ubat yang disyaki. Ini termasuk suplemen kesihatan ( Vitamin dan Zat galian) dan Ubatan Tradisional.
    • Jumpa ahli farmasi atau doktor anda dengan segera. Bawa bersama semua ubat yang diambil untuk tujuan pengesahan dan laporan ADR.
    • Pastikan anda tahu masa mula berlakunya kesan Sampingan ubat, dos, kekerapan dan masa terakhir anda mengambil setiap ubat.

     

    KENAPA ADR PERLU DILAPORKAN?

     

    • Untuk menilai keselamatan ubat terutamanya bagi ubat-ubatan yang baru, suplemen kesihatan dan ubatan tradisional yang mempunyai data keselamatan yang terhad.
    • Terdapat kesan sampingan Ubat yang berlaku hanya selepas ubat digunakan untuk jangka masa yang panjang.
    • Pengesanan awal akan menyumbang kepada perkembangan data Keselamatan Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia.
    • Laporan anda akan menyumbang kepada perkembangan data Keselamatan Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia.
    • Untuk mewujudkan kesedaran antara profesional kesihatan dan mengelakkan insiden (kejadian) yang lebih serius pada masa akan dating.

     

     

     

    TIP-TIP PENGUBATAN YANG SELAMAT

     

    • Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika anda alah dengan sebarang ubat
    • Baca label ubat dengan teliti dan beri perhatian terutama kepada ruang amaran.
    • Tanya kepada ahli farmasi atau doktor anda untuk maklumat lanjut berkaitan ubatan anda
    • Ketahui senarai nama dan dosej ubat yang diambil termasuk suplemen kesihatan dan ubatan tradisional
    • Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi anda
    • Jangan simpan ubat lama yang tidak lagi diperlukan dan juga ubat yang telah tamat tarikh luput
    • Jangan berkongsi ubat anda dengan orang lain
    • Pastikan ubat di labe dengan betul walaupun tidak disimpan di dalam bekas asal.

     

    Sumber :- Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM


    Views: 1625 | Added by: fysal | Rating: 0.0/0 |
    Total comments: 0
    Only registered users can add comments.
    [ Registration | Login ]