bukan aku nak sangat kena buat OT, tapi bila dah sorang anggota berkursus, sorang lagi kena buat majlis berkhatan, aku terpaksa bertugas 10 jam tanpa henti,
kalau nak diikutkan aku kena buat double shif 17 jam,lagi teruk dari kerja kilang..letih..memang letih, tapi nasib baik, ada member yang sanggup menawarkan diri untuk cover aku bertugas selama 7 jam .
pengalaman yang tak pernah aku kena sejak dari aku di dalam latihan sehinggalah di saat aku bertugas yang tidak boleh aku lupakan hari ini, aku di muntah oleh seorang pesakit..habis baju aku terpalit dengan palitan muntah dari pesakit itu
rasa marah, mustahil kalau rasa marah tiada, tapi apakan daya..dah menjadi tanggung jawab aku dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan pesakit yang aku rawatkan..
oklah aku kena berehat dulu..nak main dengan anakpun aku tak sempat lagi hari ni..semalam dah kerja 14 jam..