Site menu

    Statistics


    Total online: 1
    Guests: 1
    Users: 0

    Login form

    Search

    Calendar

    «  November 2008  »
    SuMoTuWeThFrSa
          1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30
    Main » 2008 » November » 19 » Misteri Ayam Hutan
    Misteri Ayam Hutan
    6:42 PM


    salah satu perkara yang aku cukup minat sejak dari mula tahun 2005 aku menulis blog..penceritaan mengenai kisah misteri dan pelik..dah lama aku tak menulis cerita-cerita begini dalam blog..


    kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku berhampiran dengan kawasanku sepertimana yang diceritakan oleh salah seorang bapa saudaraku. Di pendekkan cerita, kisahnya bermula apabila Sani(bukan nama Sebenar) merupakan  seorang yang cukup obses dan fanatik dalam memburu ayam hutan.

    Pada Suatu Sani telah memasuki kawasan hutan berhampiran di  Perak, di sana Sani menahan perangkap Ayam hutan dengan menggunakan Denak ( AYam Hutan Perumpan yang dijinakkan yang digunakan untuk memikat ayam hutan Liar )
    di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang berpotensi untuk ayam hutan liar bermain dan mencari makanannya di situ.

    Dalam Sani menunggu, tiba-tiba jebak yang ditahannya telah mengena. Maka tanpa membuang masa, Sani dengan segera pergi ke Jebaknya untuk mendapatkan Ayam Hutan yang berjaya di jinakkan menggunakan Denaknya. Dalam pada ia sedang mengambil ayam yang berjaya ditangkapnya untuk di masukkan ke dalam guni karungnya, tiba-tiba ia ditegur oleh seorang tua yang berada hanya kurang beberapa inci dibelakangnya. " woi..Itu ayam aku tu" tegur orang tua itu. " mana boleh, ayam ini saya yang dapat, kenapa pulak pakcik kata ayam itu ayam pakcik" balas Sani.
    "tidakkah kamu sedar?? kamu kini sedang berada di hadapan  rumahku, cuba kamu lihat sekeliling kamu." kata Orang tua itu. Alangkah terperanjatnya Sani kerana dia kini betul-betul berada di hadapan tangga rumah Orang tua itu sedang anak dan isteri Orang tua itu tidak henti-henti memandang tepat ke arah Sani.

    Akibat berasa malu dan takut yang amat sangat, Sani segera memulangkan semula Ayam yang beliau peroleh sebentar tadi kepada Orang Tua itu. setelah ayam Orang tua itu diserahkan, diapun mengalihkan pandangannya pada denak dan jebak yang di letakkan di lantai hutan, Sebaik sahaja dia menoleh semula untuk melihat pakcik yang menyapanya di belakangnya tadi, tiba-tiba permandangan yang baru sahaja dilihatnya sebagai rumah yang lengkap dengan anak dan isteri Pakcik itu hilang dan bertukar kepada Hutan Belantara..bagaikan antara percaya atau tidak percaya, tetapi itulah realiti yang dilalui oleh Sani yang sukar untuk di gambarkan pada ketika itu..Sejak dari peristiwa itu, Sani tidak lagi berani ke Hutan keseorangan untuk menjebak Ayam Hutan akibat kejadian itu,  akibat dari peristiwa itu, Sani demam tersampuk selama 13 Hari...
    Views: 5860 | Added by: fysal | Rating: 0.0/0 |
    Total comments: 3
    3 Am  
    0
    Memang byk cerita2 pelik kat hutan ni, pengajaran dari cerita yang kawan Am pernah cerita ialah, jangan mulut celupar sangat kat hutan

    2 fysal  
    0
    salam....en me

    1 en_me  
    0
    hi abang ittewww.. salammmz

    Only registered users can add comments.
    [ Registration | Login ]