Site menu

    Statistics


    Total online: 1
    Guests: 1
    Users: 0

    Login form

    Search

    Calendar

    «  November 2008  »
    SuMoTuWeThFrSa
          1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30
    Main » 2008 » November » 14 » Ftp Vs Blogger..
    Ftp Vs Blogger..
    1:16 AM
    sebelum aku menceburi bidang ftp web portal ini, sudah pelbagai hosting yang pernah aku gunakan sebelum ini, antara yang terawal dan menjadi kenanganku ialah blogdrive kemudian aku berpindah kepada blogsome dan akhir sekali aku ke blogspot atau blogger sebelum menyertai ucoz untuk pembinaan portalwebsite secara percuma

    kisah blogdrive..kelemahannya..menjadi terlalu perlahan apabila menunggu 'loading page' nya yang adakalanya amat 'berat' ku rasakan walaupun menggunakan talian streamyx. templatenya yang limited..

    kisah blogsome- yang ini nampak lebih baik dari blogdrive kerana banyak menggunakan enjin dari hosting wordpress. kelemahannya-banyak skrip yang tak serasi dengan hosting ini antaranya..skrip dari imeems dan youtube tidak dapat dimasukkan di dalam enterinya untuk dipaparkan. selain itu kelemahannya adalah paparan pada template nya..apabila di buka menggunakan ie..paparannya menjadi herot pekok dan tidak teratur..dan apabila dibuka menggunakan modzilla lain pula jadinya..sama seperti blogdrive..maknanya tak semua kekawan boleh view dengan cantik blog kita..kalau yang ada software modzilla oklah, tapi penggemar ie..mungkin akan mengatakan 'buruknye blog ini, serabut.."

    kisah blogspot A.K.A Blogger-yang ini aku tak banyak nak komen..aku guna lama juga hosting ini..paling mudah digunakan sehinggakan budak sekolah rendahpun tahu nak buat blog guna hosting ini..templatenya yang banyak..dan boleh diubah suai secara sendiri bagi yang berkemahiran)..

    secara umum kita ketahui..paparan pada blog adalah lebih mudah dengan semuanya terpampang di bahagian ruangan tepinya..di situlah ada jam, pemain muzik, kotak mesej, blink-blink image, dan pelbagai lagi fungsi yang adakalanya aku rasakan memberikan kesan kepada blog itu sendiri untuk 'load page' nya yang lambat dan lembab di samping menampakkan keadaan blog yang serabut..berbeza dengan website portal..adakalanya 'sedikit' menyusahkan pengguna atau pembaca untuk mencari-cari apakah isi kandungan website itu dengan memetik pada menu yang dipaparkan.

    dengan terjumpanya ftp engine ini, aku rasakan impian untuk memiliki website portal sendiri secara percuma akhirnya terlaksana..dan kini..Alhamdulillah..dah boleh sedikit demi sedikit aku menguasainya..namun akupun tak pasti berapa lama aku akan berada di sini..manalah tahu aku akan kembali semula kepada blogger pada masa akan datang..akupun tak tahu..sebab itulah aku tidak mahu bercakap besar setelah aku meninggalkan blogger...dalam keadaan sekarang yang nampak stabil di sini..aku rasakan aku teruskan ajer penulisanku di sini
    Views: 551 | Added by: fysal | Rating: 5.0/1 |
    Total comments: 1
    1 alan  
    0
    dulu akupun suka buat website. Belajar pakai buku je..guna microsoft frontpage..dulu pakai domain tripod.com..lepas tu da hilang minat terus tak buat..

    dalam setahun lebih baru jumpa blog..ade gak try pakai blogdrive tapi memang berat nak load..try blogger lak dan sampai sekarang masih setia dengan blogger..senang nak edit..


    Only registered users can add comments.
    [ Registration | Login ]